Ruji, Wan Dahlan rasmi bertukar portfolio hari ini

PUTRAJAYA: Datuk Ruji Ubi yang berpengalaman 27 tahun dalam perkhidmatan awam hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Beliau menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan bertukar portfolio sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Kedua-dua mereka turut mengadakan sesi pertemuan secara berasingan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di pejabatnya, di sini pagi tadi.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Wan Ahmad Dahlan kerana banyak bantu memudahkan urusan dan saya senang bekerja dengannya,” nukil beliau menerusi akaun sosialnya.

Pada masa sama, beliau meluahkan optimis dengan pengalaman dan ketokohan Wan Ahmad Dahlan akan memberi nilai tambah kepada jabatan yang diketuainya selepas ini.

Mengulas mengenai Ruji pula, Saifuddin Nasution berkata, pengalamannya sebelum ini diharap dapat menyumbang kepada prestasi kementerian berada di tahap terbaik.

Jumaat lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali mengumumkan pertukaran portfolio untuk dua tokoh berkenaan yang masing-masing akan berkuat kuasa hari ini.

Ruji, 53, pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan.

Wan Ahmad Dahlan, 57. yang berkhidmat selamat 28 tahun dalam perkhidmatan awam pernah dilantik sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur. – UTUSAN

The post Ruji, Wan Dahlan rasmi bertukar portfolio hari ini appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*