Sekolah Di P.Pinang Dibenar PdPR Sepanjang Gangguan Bekalan Air

Sekolah di P. Pinang

Sekolah Di P.Pinang Dibenar PdPR Sepanjang Gangguan Bekalan Air

GEORGE TOWN, 5 Jan (Bernama) — Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang membenarkan semua sekolah di negeri itu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Jan ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Wan Sajiri Wan Hassan berkata namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.

“Kami telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan PdPR di semua sekolah sepanjang tempoh gangguan bekalan air di negeri ini.

“JPN akan mengedar surat makluman berhubung pembelajaran menerusi PdPR kepada pihak sekolah dalam masa terdekat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Seramai 590,000 pengguna air termasuk bukan domestik dijangka terkesan dengan ketiadaan bekalan susulan penutupan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian dua unit injap 1,200 milimeter (mm) yang rosak.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan gangguan berjadual selama 98 jam itu, bermula 6 pagi 10 Jan hingga 6 pagi 14 Jan, turut membabitkan kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: BERNAMA

The post Sekolah Di P.Pinang Dibenar PdPR Sepanjang Gangguan Bekalan Air appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*