“Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

bajet bulanan keluarga

“Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

Dalam sebulan, berapa ringgit korang belanjakan untuk beli barang dapur? Kalau yang berkeluarga, min yakin pasti tak kurang RM150 sekali berbelanja.

Ditambah pula dengan inflasi dan kos sara hidup makin tinggi, tolak tambah darab bahagi, sebulan mesti tak lari RM800 hingga RM1,000 untuk barang dapur sahaja bagi sebuah keluarga dengan 4 ahli. Kalau keluarga yang duduk bandar, pasti rasa terkesan.

Namun bagi keluarga kecil atau suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, pengiraan mungkin sedikit berbeza terutama jika kedua-duanya bekerja. Ada masa barang basah yang dibeli terbazir dan rosak dek kerana tak sempat dimasak mahupun lauk yang sudah dimasak tak dapat dihabiskan.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsikan belanjawan bulanannya bersama isteri. Katanya, perbelanjaan mereka lebih jimat apabila hanya beli makanan di luar berbanding mencuba masak sendiri di rumah.

Berikut adalah perkongsiannya.

Kami suami isteri dua-dua bekerja. Pergi kerja awal pagi, balik dah malam. Selalu kami tapau je masa otw ke tempat kerja. Dulu beli barang basah, tapi sebab masak hujung minggu je, banyak bahan mentah yang rosak. Sebab tu terfikir nak cuba sebulan beli luar je.

Bila cuba, eh macam lagi jimat pula.

Aku guna Grab je sebab senang. Masa otw balik kerja dah boleh order siap-siap dekat kedai favourite. Order pakej Rahmah, boleh dapat RM18 untuk 3 orang makan tapi tak termasuk kos penghantaran. Sampai rumah, terus boleh makan.

Paling best sekali tak ada limit untuk guna diskaun Rahmah ni. Hari-hari boleh order, jadi banyak boleh jimat. Dah tak ada bahan basah yang ‘terkorban’ dalam peti sejuk.

Boleh pilih makanan dan kedai berbeza setiap hari. Hujung bulan pun boleh makan western lagi sebab ada je kedai western tawar menu Rahmah. 

Kadang kalau teringin nak masak-masak sendiri hujung minggu, kami akan order barang basah Jualan Rahmah kat Jaya Grocer dalam GrabMart dengan kuantiti mencukupi.

Setiap hari akan ada barangan keperluan yang dipilih untuk promosi sehingga 30%. Ada macam-macam barangan keperluan yang ditawarkan antaranya ialah sayur, ayam, buah-buahan, minuman dan banyak lagi.

Jadi kesimpulannya, program Pakej Rahmah dan Jualan Rahmah ni aku rasa sangat membantu untuk meringankan beban harian rakyat. Ada masa beli luar mungkin lebih jimat berbanding cubaan masak sendiri di rumah, terutama kalau pasangan suami isteri jenis sibuk, keluarga kecil dan sebagainya.

Tapi pengiraan mungkin berbeza bagi keluarga besar. Bergantung pada preference korang dan kesesuaian dengan situasi masing-masing.

Kalau nak tahu berkenaan Pakej Rahmah dan Jualan Rahmah ni, korang boleh klik di sini untuk Pakej Rahmah dan sini untuk Jualan Rahmah.

The post “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*