Selepas Kuantan, Giliran Nama KL Disebut Dalam Jujutsu Kaisen

Kuala Lumpur disebut Jujutsu Kaisen

Selepas Kuantan, Giliran Nama KL Disebut Dalam Jujutsu Kaisen

Selepas Kuantan, kini nama Kuala Lumpur pula disebut dalam siri anime terkenal Jepun Jujutsu Kaisen (JJK) Musim Kedua.

Dalam episod terbaru siri anime tersebut, nama bandar Kuala Lumpur disebut oleh salah-satu watak dalam siri itu, Mei Mei.

Difahamkan, babak Mei Mei menyebut nama ibu negara Malaysia itu boleh ditonton pada minit ke 2:16 episod ke-22 itu.

“Saya? Saya berada di KL,” kata Mei Mei tersenyum sambil memakai baju tidur.

Selain nama Kuala Lumpur, dalam episod itu turut memaparkan bangunan seakan-akan Menara Berkembar Petronas dan Suria KLCC.

Episod terbaru siri anime popular Jepun itu boleh ditonton di laman penstriman popular Netflix.

Perkongsian sedutan episod siri itu turut dikongsikan oleh laman Facebook rasmi TGV Cinemas.

Sebelum ini, anime Jujutsu Kaisen sempat menjadi bualan ramai rakyat Malaysia selepas seorang lagi watak siri itu, Kento Nanami menyebut nama Kuantan sebagai destinasi yang mahu dilawatinya suatu hari nanti.

Ketika itu, Nanami turut menyatakan hasratnya untuk menetap di ibu negeri Pahang itu.

Watak tersebut berhasrat untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupannya di sana dengan membaca buku sepanjang hari dan menikmati ketenangan di tepi laut.

Pada masa yang sama, Nanami juga berhasrat untuk membina rumah di kawasan terpencil berdekatan Kuantan untuk menikmati hari-hari selepas persaraannya.

Namun, impian Nanami tidak kesampaian apabila dibunuh oleh, Mahito ketika ingin menyelamatkan Yuji.

Babak tersebut menyentuh perasaan ramai penonton, lebih-lebih lagi ia merupakan detik pengakhiran kepada salah satu watak sokongan paling diminati dalam JJK.

Penuhi hasrat terakhir Nanami, peminat tubuhkan ‘Kento Nanami Memorial Shrine’ di Kuantan

Tidak sampai beberapa jam selepas episod yang menyedihkan itu disiarkan kepada khalayak, ada beberapa peminat telah bertindak dengan pantas.

Mereka telah ‘menubuhkan’ sebuah pusat memorial berdekatan Pantai Kempadang, Kuantan bagi memperingati pemergian watak ikonik tersebut.

Peminat Jujutsu Kaisen turut meletakkan pin dalam Google Map berdekatan lokasi tersebut, mungkin bertujuan membantu peminatnya melawat lokasi itu.

BACA: Cadang Bina Tugu, Pahang Tunggu Maklum Balas Pencipta Watak Kento Nanami

Sumber: Facebook/ TGV

The post Selepas Kuantan, Giliran Nama KL Disebut Dalam Jujutsu Kaisen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*