SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A

Berkat Doa Guru 11A

SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A

SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri Kedah, Muhammad Syamil Kamarul Zaman yang mendapat 11A+ dan 1A bersyukur kerana kejayaan itu berkat doa daripada guru-guru dan insan tersayang.

Bekas pelajar Maktab Mahmud Pendang itu berkata dia berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang Tafsir dan Usuluddin di Universiti Malaya (UM) dan kini sedang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maktab Mahmud Alor Setar.

“Sejujurnya saya tak sangka dengan keputusan yang diumumkan hari ini, rasa bersyukur sangat … antara sebab kejayaan saya hari ini ialah berkat guru-guru saya, saya selalu berdamping dengan guru-guru, ahli ilmu.

“Selain itu, saya juga mengamalkan wirid Yaumi, yang diijazahkan oleh guru saya, setiap hari selepas subuh dan maghrib,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan SPM 2022 di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, di sini, hari ini.

Pasangan kembar, Kuan Zhi Jue dan Kuan Zhi Ti, 18, dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 1, yang masing-masing memperoleh 11A+,1A dan 10A+, 1A bersaing secara sihat dan sering berkongsi tip yang diberikan guru kelas masing-masing.

“Kami menyediakan jadual belajar sendiri, buat latihan peperiksaan tahun sebelum ini, mengikuti kelas tuisyen, malah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami banyak belajar secara dalam talian.

“Kami berdua juga aktif dalam sukan taekwondo, kami memiliki tali pinggang hitam dan pernah menjuarai beberapa pertandingan pelbagai peringkat,” kata dua beradik itu yang ingin mengikut jejak langkah abang mereka, Kuan Zhi Jun, 20, yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan dan kewangan di luar negara, September ini.

BACA: Ini Maksud Sebenar & Asal Usul Negara Dunia Pertama, Kedua & Ketiga

Sumber: Bernama

The post SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*