SSM Sumbang Wakalah Zakat Korporat & CSR Berjumlah RM29,100

SSM Sumbang Wakalah Zakat Korporat & CSR Berjumlah RM29,100

Kuala Lumpur, 23 Februari 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada 97 pelajar-pelajar dari tiga rumah kebajikan sekitar Lembah Klang sempena Program Back To School Bersama SSM 2024.

Sumbangan berjumlah RM29,100 ini bertujuan membantu meringankan beban pelajar-pelajar berkenaan semasa fasa pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun akademik 2024/2025 yang akan bermulapada 11 Mac 2024.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan peralatan persekolahan ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM kepada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Pusat Jagaan Anak Yatim An-Najjah dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary.

SSM Wakalah Zakat Korporat & CSR

Dalam ucapannya, Datuk Nor Azimah berkata sebagai sebuah agensi utama yang mengawal selia sektor korporat dan perniagaan di Malaysia, SSM bukan sahaja menjalankan fungsi dan peranannya dalam memperkasa komuniti perniagaan, malah sentiasa prihatin dan membantu golongan yang kurang berkemampuan melalui pelbagai program yang dijalankan sepanjang tahun.

“SSM berharap bantuan yang diagihkan ini dapat memberi motivasi dan semangat kepada pelajar-pelajar ini supaya menjadi insan berilmiah dan cemerlang dalam mengorak langkah yang terjamin di masa hadapan” katanya.

Dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023, SSM telah mengagihkan Wakalah Zakat Korporat (WZK) sebanyak RM7.45 juta kepada 10,272 penerima asnaf di seluruh negara. Manakala bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sumbangan CSR sebanyak RM586,000 kepada 477 penerima yang memerlukan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklumbalas, SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

SSM Wakalah Zakat Korporat & CSR

The post SSM Sumbang Wakalah Zakat Korporat & CSR Berjumlah RM29,100 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*