“Terima Kasih Sudi Terima”, Wanita Dedah Isi Surat Diserah Pada Raja Permaisuri Agong

Surat permaisuri agong sabah

“Terima Kasih Sudi Terima”, Wanita Dedah Isi Surat Diserah Pada Raja Permaisuri Agong

Seorang wanita sempat menghulurkan sepucuk surat kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika lawatannya di Sabah sempena Kembara Kenali Borneo baru-baru ini.

Wanita yang dikenali sebagai Sri Wahyu Ningsi Nazri telah berkongsi pertemuannya dengan Raja Permaisuri Agong menerusi Facebook Story semalam.

Sebelum itu ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan delegasinya, disambut orang ramai telah menunggu ditepi jalan.

Kenderaan yang dinaiki Seri Paduka berdua telah dikawal ketat oleh pasukan pengiring ketika melalui sekumpulan orang ramai atas faktor keselamatan.

Tidak menjadi satu halangan, Ningsi sempat menghulurkan sepucuk surat kepada seorang pegawai pengiring yang mengawal kenderaan tersebut.

Pengawai pengiring terbabit kemudiannya menyampaikan surat itu kepada Raja Permaisuri Agong secara terus menerusi tingkap keretanya.

Ningsi turut berterima kasih kepada pengawal keselamatan kerana membantu menghulurkan surat tersebut kepada Raja Permasuri Agong.

Pada hujung perkongsian tersebut, Tunku Azizah dilihat sedang membuka lipatan surat tersebut dan mengamati isinya.

BACA: “Jalan Sini Teruk Ya?”, Kembara Borneo, Permaisuri Agong Tulis Sendiri Aduan Jalan Rosak

Wanita dedah isi surat, zahirkan isi hati yang sangat menyentuh perasaan sebagai seorang anak jati Sabah

Ningsi dalam pada itu turut berkongsi isi kandungan surat yang dikirimkan kepada Raja Permaisuri Agong.

Dalam suratnya, Ningsi menzahirkan luahan perasaan sebagai penduduk di Sabah yang melihat kadar infrastruktur di negeri tersebut yang disifatkan kurang memuaskan.

Wanita ini juga mengemukakan beberapa isu yang membelenggu rakyat-rakyat Negeri Di Bawah Bayu itu seperti kenaikan harga dan sebagainya.

“Di sini, saya sebagai peniaga kecil-kecilan amat terkesan dengan kenaikan harga barang yang begitu mendadak,

“Selain itu, negeri tercinta ini masih tidak terlepas daripada isu masalah air, elektrik dan jalan raya.

“Kami ketinggalan arus kemodenan. Kehidupan daif terutama di kawasan pedalaman Sabah sangat mengiris hati,” luahnya.

Pada hujung coretannya, Ningsi berharap agar negeri yang menjadi tempat tinggalnya akan terus dipandang, dekat dan selari dengan arus kemodenan negeri-negeri lain di Malaysia.

Wanita tersebut turut berterima kasih kepada Raja Permaisuri Agong kerana sudi membaca suratnya sehingga ke baris terakhir penulisannya.

“Terima kasih Tuanku kerana sudi berkunjung ke bumi Sabah yang tercinta. Ikhlas dari saya, seorang perintis, bukan pewaris,” tulisnya.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Kod Warna Pada Bungkusan Beras Ramai Tak Tahu

Sumber: Ningsi Nazri via Facebook

The post “Terima Kasih Sudi Terima”, Wanita Dedah Isi Surat Diserah Pada Raja Permaisuri Agong appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*