Andrew Tate & Abang Ditahan Polis Romania, Didakwa Terlibat Jenayah Pemerdagangan Manusia

Andrew Tate & Abang Ditahan Polis Romania, Didakwa Terlibat Jenayah Pemerdagangan Manusia

Bekas peninju profesional dan juga pempengaruh media sosial, Andrew Tate dan abangnya, Tristan dilapor telah ditahan sepasukan anggota polis Romania bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam jenayah pemerdagangan manusia peringkat antarabangsa.

Tate atau dikenali sebagai Top G dan abangnya yang didakwa menculik dua gadis ditahan selepas polis menyerbu kediaman mewahnya di Voluntari.

Selain didakwa terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia antarabangsa, polis juga mengeluarkan waran bagi menahan kedua-dua mereka di atas dakwaan terlibat dalam jenayah rogol dan penglibatan dalam kumpulan jenayah terancang.

Video penahanan yang tular di media sosial menunjukkan adik-beradik itu digari dan diiringi sepasukan anggota polis yang lengkap bertopeng.

Dalam pada itu, rumah seorang wanita bekas anggota polis Romania juga diserbu pada hari yang sama selepas disyaki bersubahat dengan Tate.

Menurut rekod, pihak polis menerima laporan bahawa dua wanita muda termasuk seorang warganegara Amerika dikurung di villa milik Tate pada April lepas. Mereka mendakwa ditahan dirumah itu secara paksa atas kehendak Tate.

Tate kemudian ditahan untuk siasatan dan dibebaskan semula. Namun, siasatan kes berkenaan terus berjalan dan tidak pernah ditutup.

“Saya tidak ditangkap. Apa yang berlaku adalah saya mangsa kes Swatting Incident (laporan palsu). Ia insiden yang sangat popular, lebih-lebih bagi nama besar dan popular.

“Polis tiba di rumah saya, siasat dan mendapati tiada mana-mana wanita berada disini tanpa kerelaan mereka. Jadi tiada jenayah berlaku. Tetapi, kami perlu hadir ke balai polis dan disoal selama 45 minit untuk dokumentasi sebelum dibebaskan,” kata Tate ketika itu.

Tate dan abangnya merupakan bekas peninju profesional warga United Kingdom. Mereka berpindah ke Romania pada 2017.

(Swatting Incident adalah tindakan individu membuat panggilan palsu mengenai sesuatu kejadian kecemasan kepada pihak berkuasa supaya pasukan SWAT digerakkan untuk menyelamatkan mereka. Ia kerap dilakukan oleh komuniti ‘gamers’ dan panggilan palsu itu biasanya dibuat ketika mereka sedang bersiaran langsung supaya serbuan yang dibuat pasukan SWAT dapat disiarkan kepada penonton-penonton mereka.)

Sumber: News.com

The post Andrew Tate & Abang Ditahan Polis Romania, Didakwa Terlibat Jenayah Pemerdagangan Manusia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*