Ribuan Tan Durian Di China Bakal Terjah Pasaran Bulan Depan

durian china

Ribuan Tan Durian Di China Bakal Terjah Pasaran Bulan Depan

China bakal memasarkan kira-kira 2,450 tan durian ke pasaran bermula Jun ini selepas ladangnya di Pulau Hainan yang diusahakan sejak empat tahun lalu mula mengeluarkan hasil buat pertama kali, lapor The Straits Time.

Kira-kira 670 hektar ladang durian yang terletak di bandar Sanya, dengan 20 hingga 30 peratus pokok mula berbuah dan keluasannya dikatakan hampir sama saiz dengan bandar Bishan di Singapura.

Gambar Hiasan: CGTN

Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Wilayah Hainan mengatakan bandar Sanya mula melangkah ke dalam fasa penanaman durian pada 2019 lalu.

Bandar tersebut telah bersedia untuk mencipta nama dengan menjadikan pengeluaran durian sebagai salah satu industri utamanya.

Dalam pada itu, difahamkan durian boleh ditanam di Pulau Hainan kerana iklimnya hampir menyamai tropika dengan musim sejuk yang sederhana.

Pakar pertanian dari Asia Tenggara dilaporkan turut sama terlibat dalam proses penanaman durian, manakala pakar di China menambah baik benih import supaya lebih sesuai dengan keadaan cuaca tempatan.

Difahamkan, Sanya menyasarkan untuk membina kawasan perindustrian durian seluas 3,333 hektar dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Dengan sasaran itu, Sanya dijangka akan menjana nilai keluaran sebanyak tiga bilion menjelang tahun 2028.

BACA: Durian Musang King Ditanam Di Vietnam Lebih Mahal Daripada Harga Import

Popular dalam kalangan penduduk China

Gambar Hiasan: Youtube

Durian merupakan buah yang paling popular dalam kalangan penduduk China, terutamanya golongan muda.

Lebih 60 peratus durian di negara ini dibeli oleh pengguna berumur antara 16 dan 35 tahun, menurut data yang dikeluarkan oleh Pasaraya Jingdong pada November 2022.

Media turut melaporkan sejak 2019, negara itu mengimport lebih banyak durian segar berbanding ceri.

Ia mengukuhkan kedudukan China sebagai raja buah import.

Walaupun pada 2019, dunia mengalami pandemik Covid-19 yang menjejaskan rantaian bekalan global untuk jangka masa yang panjang, namun ia tidak mengurangkan kecintaan pengguna China terhadap buah tersebut.

Pada 2017, China mengimport sekitar 224,400 tan durian dan ia meningkat kepada 821,500 tan pada tahun 2021, menurut Pentadbiran Am Kastam di China.

Sementara itu, durian telah menjadi buah import nombor satu, mencecah sebanyak RM17 bilion dan jumlah import raja buah sekitar 825,000 tan pada 2022.

Difahamkan juga, Thailand mewakili 96 peratus import raja buah mengikut nilai dan 95 peratus pada tahun 2021.

Selebihnya, adalah dari negara Filipina, Vietnam dan Malaysia.

Sumber: The Straits Times

BACA: Harga Buah Durian Di Singapura Turun

BACA: Berjaya Tanam Sendiri, China Bakal Tuai 2,450 Tan Durian Jun Ini

The post Ribuan Tan Durian Di China Bakal Terjah Pasaran Bulan Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*