Bekas Naib Ketua UMNO Kubang Kerian, Datuk Saidi Meninggal Dunia Ketika Tunai Solat Maghrib

Datuk Saidi Meninggal Dunia

Bekas Naib Ketua UMNO Kubang Kerian, Datuk Saidi Meninggal Dunia Ketika Tunai Solat Maghrib

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Saidi Md Nor, meninggal dunia ketika menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid di Jerteh, Terengganu, semalam, lapor Sinar Harian.

Allahyarham dikatakan rebah semasa sedang sujud pada rakaat yang pertama.

Pada ketika itu, isterinya, Wan Zatusy Syamimi Wan Abdullah, berusia 42 tahun, mengatakan beliau berada di dalam kereta yang diparkir dalam kawasan masjid.

“Saya terkejut selepas dimaklumkan oleh anak seorang rakan lalu bergegas memasuki ruang solat dan mendapati ada individu yang juga seorang doktor cuba memberi bantuan pernafasan,” katanya di sini pada Sabtu.

Jelasnya lagi, suaminya dikejarkan ke Hospital Jerteh (HJ) Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun doktor mengesahkan Saidi telah meninggal dunia.

Menurut Wan Zatusy Syamimi, Allahyarham Saidi pernah menghidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi tetapi keadaannya stabil selepas mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mereka singgah solat di masjid semasa dalam perjalanan pulang dari kolam air panas di Jerteh.

“Ketika itu dia tidak sihat dan mengalami sakit badan serta selesema. Kami berada di situ kira-kira dua jam sebelum bertolak pulang,” katanya.

Pada pagi Sabtu tadi, jenazah Allahyarham Saidi dilaporkan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kale Petah, Selor, Kampung Kubang Siput sekitar pukul 7 pagi.

Sumber: Sinar Harian

The post Bekas Naib Ketua UMNO Kubang Kerian, Datuk Saidi Meninggal Dunia Ketika Tunai Solat Maghrib appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*