Jarang Dengar, Rupanya Ini Maksud ‘Muncikari’ Ramai Tak Tahu

maksud kari muncikari

Jarang Didengari, Rupanya Ini Maksud ‘Muncikari’ Ramai Tak Tahu

Kebanyakan orang masih terpinga-pinga apabila mendengar perkataan ‘muncikari’. Perkataan ini kelihatan asing dalam konteks penggunaan bahasa kerana ia adalah jargon dalam laras bahasa undang-undang.

Jadi, tidak hairanlah orang awam tidak tahu dan jarang menggunakan istilah tersebut dalam perbualan.

Apatah lagi, sekali dengar, muncikari kedengaran seolah-olah nama sejenis makanan, mungkin dalam keluarga juadah hidangan berempah.

Hakikatnya, perkataan muncikari dan kari tidak memiliki kaitan satu sama lain, malah muncikari merupakan perkataan yang berdiri dengan sendirinya.

Tiada kena mengena dengan kari, maksud muncikari yang sebenar

Secara literalnya, muncikari merujuk kepada barua, jaruman atau pinang muda dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Kepada yang kurang mengerti, barua bermaksud orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat.

Manakala, jaruman pula membawa maksud jahitan atau tipu daya yang sangat halus.

Namun dalam konteks perbincangan ini, muncikari merujuk kepada orang perantara antara pelanggan dengan pekerja seks yang berada dibawah seliaannya.

Dengan erti kata lain, golongan muncikari juga boleh dirujuk sebagai bapa ayam atau ibu ayam, yang terlibat dalam aktiviti jenayah pelacuran.

Antara perkara yang sering dilakukan oleh golongan muncikari adalah mengaturkan slot pelanggan bersama pekerja seks dalam aktiviti jenayah tersebut.

Selain itu, muncikari juga terlibat dalam pemerdangan manusia apabila memperdaya golongan wanita sehingga mangsa terperangkap menjadi pekerja seks.

Tindakan muncikari merupakan pelanggaran terhadap hak asasi manusia serta melanggar undang-undang di kebanyakan negara.

Kesalahan itu antaranya boleh didakwa mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan yang membawa kepada penjara maksimum 15 tahun dan enam hingga 10 sebatan sepanjang pemenjaraan.

Sugar Daddy dan Sugar Mommy juga dirujuk sebagai muncikari

Menariknya, istilah muncikari ini juga tidak terhad terhadap golongan yang melacurkan orang lain semata-mata.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sugar daddy dan sugar mommy turut disebut sebagai muncikari dalam istilah perundangan.

Sugar daddy/sugar mommy menurut istilah perundangan syariah disebut sebagai muncikari ditafsirkan sebagai seseorang yang bertindak menjadi orang tengah antara seorang perempuan dan seorang lelaki bagi apa-apa maksud yang menyelahi hukum syarak.”

Oleh itu, perbuatan muncikari boleh disumpulkan sebagai satu tindakan meruntuhkan institusi masyarakat dan bertentangan dengan ajaran agama.

Selain daripada mempromosikan gejala tidak bermoral, golongan ini juga boleh dianggap menafikan hak kemanusiaan khususnya yang dimiliki mangsa-mangsa dalam dunia gelap ini.

BACA: Jangan Panik “Roadtax” Mati, “Renew” Dekat MyJPJ Sekelip Mata

Sumber: Astro Awani, Sinar Harian, Dewan Bahasa & Pustaka, Bahagian Keluarga Sosial & Komuniti, Jakim via Facebook, Kanun Keseksaan 

The post Jarang Dengar, Rupanya Ini Maksud ‘Muncikari’ Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*