Rakyat Berebut Tepung Sampai Bergaduh, Krisis Ekonomi Pakistan Makin Memburuk

Berebut Tepung Sampai Bergaduh

Rakyat Berebut Tepung Sampai Bergaduh, Krisis Ekonomi Pakistan Makin Memburuk

Krisis ekonomi yang teruk dan kekurangan makanan di Pakistan dikhabarkan menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan penduduk di beberapa wilayah bergaduh untuk berebut tepung, lapor Wion News.

Rakaman video yang menunjukkan penduduk Pakistan dari Khyber Pakhtunkhwa, Sindh, dan Balochistan bergaduh untuk mendapatkan bekalan makanan ruji mereka kini tular di platform media sosial.

Difahamkan, ketiga-tiga wilayah tersebut menghadapi kekurangan makanan yang teruk sejak banjir besar melanda sebahagian besar Pakistan pada tahun lalu.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Dalam video tersebut, penduduk di wilayah itu dilihat merampas guni yang berisi tepung antara satu sama lain sebelum bertukar menjadi lebih ganas.

Malah, dalam rakaman lain pula, ada juga beberapa individu yang dilihat mengejar lori bawa bekalan tepung yang menerima subsidi kerajaan.

Gambar: Twitter

Memetik Wion News, laporan media tempatan menyatakan bahawa ribuan penduduk terpaksa menghabiskan masa berjam-jam setiap hari untuk menerima beg tepung bersubsidi.

Harga tepung telah mencecah paras tertinggi di tengah-tengah krisis ekonomi. Di Karachi, tepung dijual pada harga 160 rupee (RM3.06) bagi satu kilogram (kg).

Sementara itu, satu beg tepung boleh didapati dengan mudah sebanyak 1500 rupee (RM28.66) hingga 1600 rupee (RM30.57) satu kilogram di Islamabad dan Peshawar.

Gambar: Twitter

Penduduk juga terpaksa menyimpan gas petroleum cecair (LPG) atau gas memasak di dalam plastik belon atau beg kerana kerajaan gagal menangani kekurangan bekalan.

Dalam video lain yang tular di platform media sosial, penduduk di wilayah Khyber Pakhtunkhwa dillihat menyimpan gas memasak di dalam beg plastik susulan kekurangan bekalan.

Ekoran daripada itu, bagi menangani masalah ini, kerajaan Pakistan telah mencadangkan untuk menutup pasar dan dewan perkahwinan masing-masing pada 8.30 malam dan 10.00 malam untuk mengawal hutang yang semakin meningkat.

Perubahan radikal oleh kerajaan juga termasuk rancangan untuk menghentikan pengeluaran kipas dan mentol.

Defisit fiskal Pakistan mencapai 1.5 peratus daripada KDNK Julai-Oktober 2022-23. Rizab pertukaran asing negara menjunam ke paras terendah sejak April 2014 bulan lalu apabila ia menyusut sebanyak 294 juta dolar (RM1.3 bilion) kepada 5.8 bilion dolar (RM25.2 bilion), terutamanya disebabkan oleh pembayaran balik hutang luar negeri.

Sumber: Wion News

The post Rakyat Berebut Tepung Sampai Bergaduh, Krisis Ekonomi Pakistan Makin Memburuk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*