Wanita Minta Tolong Orang Ramai, Cari Kawan Lama Terpisah Sejak 2004 Di Scotland

cari kawan lama terpisah

Wanita Minta Tolong Orang Ramai, Cari Kawan Lama Terpisah Sejak 2004 Di Scotland

Selain daripada keluarga, kawan adalah manusia yang menyumbang dalam mencorakkan dan memeriahkan kehidupan.

Dengan hadirnya rakan, hidup yang diibaratkan seperti kain kosong, bertukar menjadi warna-warni apabila bertemu dengan yang sekepala.

Antara insan yang tidak boleh dilupakan sudah semestinya kawan sewaktu kecil, kerana ia menemani diri di awal kehidupan sewaktu baru mengenali dunia.

Namun, setelah umur meningkat kawan yang juga berubah mengikut keadaan dan tempat dan disebabkan itu ada sesetengahnya terputus hubungan.

Cari kawan lama terpisah sejak 2004

Seperti Najwa (@_nxjwafuad) yang berharap untuk bertemu kembali dengan rakannya yang dikenali pada waktu kecil.

Dalam satu ciapan di Twitter, Najwa meminta orang ramai supaya membantunya mencari kawan lama dirinya bernama Bobbi Smith yang terpisah sewaktu kecil di Scotland.

Najwa turut mengepilkan dua gambar yang dimiliki olehnya, sewaktu dia bersekolah di bandar Stirling, Scotland.

Kredit: @_nxjwafuad via Twitter
Kredit: @_nxjwafuad via Twitter

“Hi saya Najwa. Saya pernah tinggal di Striling, Scotland dari tahun 2000 hingga 2004.

“Saya cuba untuk mencari kawan baik yang bernama Bobbi Smith,” memetik ciapan itu.

Ujar Najwa, tidak banyak yang dia ingat selain daripada nama teman baiknya dan difahamkan, mereka berdua merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah Bridge of Allan.

Kawan sekelas selama tiga tahun

Kredit: Twitter

Menurut Najwa, dia dan Bobbi Smith adalah rakan sekelas selama tiga tahun berturut-turut dan guru kelas mereka pada ketika itu di tahun pertama adalah Anderson.

“Nama rakan sekelas lain yang saya ingat ialah Andrew, Sarah, Lauren dan kemungkinan Belinda.

“Saya tidak ingat nama keluarga mereka,” katanya sambil meletakkan emoji menangis di hujung ayat.

Kredit: Twitter

Tambah Najwa, dia turut berkongsi berkenaan pencarian itu di aplikasi TikTok tetapi berasa ragu adakah dia berjaya menemukannya.

Katanya, dia juga mencuba untuk mencari sendiri tetapi gagal.

“Saya pernah mempunyai nombor dan alamat mereka tetapi saya kehilangan buku itu apabila rumah sedang diubah suai,” kata Najwa.

Dalam pada itu, Najwa memaklumkan telah berjumpa dengan seorang lagi kawan lama warga Malaysia sewaktu mencari Bobbi Smith.

Katanya, ia merupakan satu kebetulan namun buat masa kini, Najwa masih belum menemukan Bobbi Smith.

Sekiranya menemui Bobbi Smith, orang ramai digalakkan untuk menghubungi Najwa di laman Twitter miliknya.

Sumber: @_nxjwafuad via Twitter

The post Wanita Minta Tolong Orang Ramai, Cari Kawan Lama Terpisah Sejak 2004 Di Scotland appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*