YouTuber Terkenal Jepun, iChang RM Sebak Nak Tinggalkan Malaysia, Had Visa Dah Tamat

YouTuber Terkenal Jepun, iChang RM Sebak Nak Tinggalkan Malaysia, Had Visa Dah Tamat

YouTuber terkenal Jepun, iChang RM dan pasangannya Jimmy yang begitu popular di Malaysia baru-baru ini menyampaikan khabar sedih apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada negara ini.

Melalui video menyentuh hati yang dimuat naik di saluran Youtube, pasangan itu berkata mereka tiada pilihan walaupun sudah sekian lama menetap di negara ini memandangkan visa pelancongan mereka sudahpun mencapai hadnya.

“Bagi visa pelancong untuk pemegang pasport Jepun, kami hanya dibenarkan tinggal selama 90 hari bagi setiap lawatan dan 180 hari untuk setiap tahun. Itu peraturan untuk pelawat Jepun di Malaysia sebagai pelancong.

“Jadi, esok kami akan meninggalkan Malaysia kerana kami mencapai had yang ditetapkan dalam peraturan ini,” kata Jimmy.

Pasangan itu juga cuba menyertai satu inisiatif yang disediakan oleh kerajaan untuk membolehkan mereka tinggal lebih lama daripada tempoh tersebut, namun malangnya proses kelulusan didakwa mengambil masa terlalu lama.

“Oktober lalu, Malaysia mengumumkan satu program yang dinamakan ‘DE Rantau Nomad Pass’. Kami sangat gembira apabila mendapat tahu mengenai program itu dan berpendapat ia sesuai untuk kami. Lebih-lebih lagi, pencipta kandungan adalah sebahagian daripada mereka yang layak menyertai program tersebut.

“Kami memohon secepat mungkin dan pulang ke Jepun untuk mendapatkan semua dokumen. Kemudian kembali ke Malaysia semula untuk menyerahkan dokumen-dokumen tersebut. Tetapi proses kelulusan mengambil masa yang lebih lama daripada apa yang kami jangkakan, mungkin kerana ia adalah program yang baharu diperkenalkan,” tambah Jimmy.

Diakhir video, mereka berharap dapat kembali ke Malaysia suatu hari nanti untuk mengucapkan terima kasih dengan lebih ‘sempurna’ kepada para pengikut yang selama ini menyokong karya mereka.

Mereka sangat dikenali di Malaysia kerana seringkali menghasilkan kandungan kreatif yang memaparkan keindahan negara ini dari pelbagai aspek seperti kebudayaan dan makanan kepada seluruh dunia.

BACA: China Dilapor Henti Kemas Kini Data Harian Jangkitan Covid-19 Tiga Hari Berturut-turut

Sumber: iChang RM via Youtube

The post YouTuber Terkenal Jepun, iChang RM Sebak Nak Tinggalkan Malaysia, Had Visa Dah Tamat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*